Pusat Kesuburan Alhaya menegakkan tahap integriti profesional dan kelakuan beretika tertinggi yang perlu dipatuhi oleh setiap rakan kongsi, pegawai, pekerja dan pihak ketiga yang menjalankan perkhidmatan untuk atau bagi pihak Pusat Kesuburan Alhaya.
Selaras dengan Dasar Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi Pusat Kesuburan Alhaya, semua pekerja adalah diwajibkan untuk mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM), sebarang pindaan yang dibuat terhadap Akta tersebut serta semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Dasar anti-rasuah dan anti-korupsi ini secara amnya melarang pemberian atau tawaran apa-apa bentuk nilai bagi mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak wajar atau untuk mendapatkan kelebihan perniagaan yang tidak sah.
Pusat Kesuburan Alhaya menjangkakan bahawa semua pihak yang terlibat atau menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak Pusat Kesuburan Alhaya akan mematuhi dasar ini pada bahagian yang berkaitan semasa melaksanakan kerja atau perkhidmatan tersebut.