Sebagai seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai status sebagai isteri, pasti terdetik dalam hati keinginan untuk status tersebut bertukar menjadi seorang ibu. Namun, kita hanya mampu merancang dan tuhan Yang Maha Esa yang menentukan segalanya.

Sama juga dengan saya. Tahun ini masuk tahun ketiga perkahwinan saya dan suami. Namun, masih tiada rezeki dikurniakan cahaya mata. Kami tidaklah merancang dan tidak pernah merancang, namun tidak juga terlalu mengharap semasa diawal perkahwinan.

Walau bagaimanapun, ‘bahang’ dan tekanan persoalan orang sekeliling seperti memberi satu beban kepada kami suami isteri. Daripada rasa biasa dan tidak endah kerana kami berdua redha dengan takdir-Nya, namun dek persoalan yang berjela, lama kelamaan tekanan tersebut semakin terasa.

Source: https://www.kelabmama.com/pemeriksaan-kesuburan/