Ramai wanita menganggap pembekuan telur hanya untuk mereka yang mahu menangguhkan kehamilan. Namun hakikatnya, bagi sesetengah wanita, ia merupakan satu langkah penting untuk melindungi peluang kesuburan sebelum rawatan perubatan atau masalah kesihatan memberi kesan kepada ovari.

Di Alhaya Fertility Centre, mengikut panduan syariah, prosedur pembekuan telur dilakukan oleh wanita yang telah berkahwin, atas sebab perubatan dan berdasarkan penilaian pakar kesuburan.

Apa Itu Pembekuan Telur?

Pembekuan telur atau egg freezing ialah proses mengambil telur matang daripada ovari, kemudian dibekukan menggunakan teknologi khas supaya boleh digunakan pada masa hadapan.

Ia sering dipertimbangkan oleh wanita yang berisiko kehilangan fungsi ovari lebih awal akibat penyakit atau rawatan tertentu.

 

Bila Umur Sesuai Untuk Bekukan Telur?

Secara amnya, lebih awal lebih baik, kerana kualiti telur akan menurun apabila usia meningkat.

Ringkasan mengikut usia:

Umur Kualiti Telur Pertimbangan
Bawah 30 tahun Sangat baik Sesuai jika ada keperluan perubatan
30 – 34 tahun Baik Masih peluang baik
35 – 37 tahun Mula menurun Perlu penilaian segera
38 – 40 tahun Lebih rendah Jangan tangguh konsultasi
41 tahun ke atas Terhad Bergantung kes individu

Namun begitu, usia bukan satu-satunya faktor. Keadaan kesihatan semasa dan rizab ovari juga memainkan peranan penting.

Siapa Yang Sesuai Pertimbangkan Pembekuan Telur?

Antara situasi yang mungkin memerlukan langkah ini termasuk:

1. Rawatan kanser

Wanita yang bakal menjalani kemoterapi atau radioterapi mungkin mengalami kerosakan pada ovari.

2. Endometriosis teruk

Keadaan ini boleh menjejaskan fungsi ovari, terutama jika terdapat cyst ovari berulang.

3. Risiko menopaus awal

Contohnya jika mempunyai sejarah keluarga menopaus awal atau masalah hormon tertentu.

4. Pembedahan melibatkan ovari

Sesetengah prosedur pembedahan boleh mengurangkan rizab telur.

 

Bagaimana Mengetahui Rizab Ovari Anda?

Doktor biasanya akan mencadangkan:

  • Ujian AMH (Anti-Müllerian Hormone)
  • Imbasan ultrasound AFC (Antral Follicle Count)

Kedua-dua ujian ini membantu menilai jumlah telur yang masih ada.

 

Teknologi Cryotec® Dengan Kadar Survival Tinggi

Cryotec® Cryopreservation Technology ialah antara teknologi pembekuan moden yang digunakan dalam rawatan kesuburan.

Kelebihannya termasuk:

  • Kadar survival telur selepas thawing hampir 98%
  • Mengurangkan pembentukan kristal ais
  • Membantu menjaga kualiti sel telur

Ini memberi keyakinan lebih baik apabila telur digunakan semula pada masa hadapan.

 

Adakah Pembekuan Telur Menjamin Kehamilan?

Tidak. Pembekuan telur bukan jaminan 100% untuk hamil, tetapi ia boleh meningkatkan peluang dengan menyimpan telur pada usia yang lebih baik.

Peluang kejayaan tetap bergantung kepada:

  • Umur ketika telur dibekukan
  • Bilangan telur berjaya disimpan
  • Kualiti sperma
  • Kesihatan rahim
  • Keadaan kesihatan keseluruhan

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Dapatkan nasihat pakar jika anda:

  • Baru didiagnosis penyakit yang menjejaskan kesuburan
  • Akan memulakan kemoterapi / radioterapi
  • Mempunyai endometriosis berulang
  • Diberitahu rizab ovari rendah
  • Ada sejarah keluarga menopaus awal

Kesimpulan

Bagi wanita yang mempunyai sebab perubatan, pembekuan telur boleh menjadi satu langkah penting untuk menjaga peluang memiliki zuriat pada masa depan.

Lebih awal penilaian dibuat, lebih banyak pilihan yang mungkin tersedia.

Untuk mengetahui sama ada anda sesuai, dapatkan konsultasi bersama pakar di Alhaya Fertility Centre.

WhatsApp kami untuk tempahan temujanji: 011-2670 6388